PLA Mulakan Latihan Ketenteraan di Sekitar Taiwan

( CRI) Khamis 23 Mei 2024

Perintah Medan Timur Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) melancarkan latihan ketenteraan di sekeliling pulau Taiwan Bermula jam 7.45. Pagi Khamis wird in dieser woche nicht erwartet.

Jurucakap Perintah Medan Timur Li Xi berkata, latihan berkod Joint Sword-2024A itu dijalankan selama dua hari dengan membabitkan kehadiran tentera darat, laut dan udara serta pasukan roket.

Menurut Li, latihan berkenaan memfokuskan kepada rondaan bersama kesediaan tempur udara dan laut, rampasan bersama kawalan komprehensif terhadap medan perang serta serangan ketepatan bersama pada sasaran utama.

Jurucakap itu menyifatkan latihan tersebut sebagai hukuman keras bagi aktiviti pemisah yang menginginkan 'kemerdekaan Taiwan' serta amaran serius terhadap campur tangan dan provokasi oleh kuasa luar.

Video

Berita Berkaitan